Wednesday, November 23, 2011

S01E03 Setlist

S01E03
30 November 2011
8:00 malam
Panggung Seni UKM Bangi

  1. Purple Plastic (Combo)
  2. Malaysian Youth Drum & Pipe (Brass)
  3. Tersenyum Melihat Langit (Poetry)
  4. Lerato (Vocal Ensemble)
  5. Mospeada (Acoustic)
  6. Kajai's Glee Club: Zealous Foxies (Musical)
  7. Alunmaatra (Dance)
  8. TEKAD (Short Play)
  9. OGS (Acoustic)

Purple Plastic
Band terdiri daripada Artis Budaya Pusat Kebudayaan UKM. Mereka akan membawakan lagu-lagu cover, which the members grew up with.


Malaysian Youth Drum & Pipe
MY D&P yang terdiri daripada 10 orang pemain akan membawakan persembahan berkonsepkan kombinasi antara moden dan tradisional skotland dalam bentuk formasi di mana setiap lagu mempunyai formasi dan pergerakan sendiri (tradisional military march + modern march) dan statik (orchestra).

Tersenyum Melihat Langit
Akan membuat 3 persembahan. Dua bacaan sajak nukilan sendiri diiringi petikan gitar dan satu nyanyian (cover) lagu puisi M. Nasir bertajuk Suatu Masa.

Lerato
Sebuah kumpulan vokal harmoni. Bawa dua buah lagu iaitu rindu bayangan dan belaian jiwa. Ada sedikit medley untuk selingan. Pemuzik yang akan mengiringi adalah OGS BAND.

Mospeada
A band from Kolej Keris Mas will be playing their own songs. Performed on S01E02 tapi tak puas katanya. Support!

Kajai's Glee Club: Zealous Foxie
Sebuah kelab muzikal Kolej Rahim Kajai, UKM yang ditubuhkan sekitar awal tahun 2011. Kelab ini merangkumi aktiviti nyanyian, tarian dan lakonan, sesuai dengan motonya “speak by singing, move by dancing, imitate by acting”.

Alunmaatra
Gabungan alumni dan pelapis baru Kelab Tarian Aadyamaatra. Akan membawakan tarian zapin yang dikenali sebagai Zapin Mahpom.

Kelab TEKAD
Kelab Teater Kampus D (TEKAD) adalah kelab teater dari Kolej Burhanuddin Helmi. Mereka akan membawakan naskah dan arahan Nuex Rosli berjudul "Kencing Peluh 2.

OGS
O-G-S adalah bermaksud Original Sounds. Mementingkan kualiti muzik dan lirik supaya dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat dan lagu-lagu kami menjadi siulan ramai. Mencintai muzik dengan cara tersendiri. Suara vokalis iaitu Hanafi sering dikaitkan dengan suara Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Memainkan musik genre Pop Fusion Rock Kontemporari. Bukan Punk. Juara Ekspresi Remaja TV9 di UKM. Baru merakamkan Single Pertama! Yang bertajuk ‘Selamanya’.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management