Apa Itu PENTER?

PENTER noun (ˈpænt .θər) adalah singkatan kepada Pentas Terbuka.


PENTER merupakan projek bagi membuka ruang kepada warga UKM; pelajar Sarjanamuda, Sarjana, Doktor Falsafah, pelajar antarabangsa, kakitangan sokongan, kakitangan professional, kakitangan akademik; untuk menonjolkan bakat dalam bidang kesenian. Menggunakan format seni; di mana seni itu sendiri tidak mempunyai sempadan, PENTER terbuka kepada semua orang, semua jenis persembahan, semua jenis medium dan semua audien.



Objektif:


  1. Memberi galakan kepada warga universiti untuk terus bergiat dan memperlihatkan karya-karya mereka kepada masyarakat kampus dan masyarakat tempatan.
  2. Menonjolkan kepelbagaian motif dan media daripada para karyawan universiti di dalam pelbagai bidang seni.
  3. Memperkembangkan aktiviti-aktiviti kesenian kampus dan seterusnya membantu dalam usaha memartabatkan kesenian tanah air.
  4. Mengenengahkan bakat-bakat pelajar yang berpotensi untuk digilap dan dibimbing secara praktikal persembahan.
  5. Menjadi medium melahirkan generasi yang lebih trampil dan berkeyakinan menggunakan pendekatan seni.

Contoh Format Persembahan:

  • Bacaan Puisi 
  • Muzik Akustik 
  • Sketsa Pendek 
  • Tarian Kontemporari 
  • Syair 
  • Pentomin 
  • Sajak 
  • Nyanyian 
  • Tarian Kreatif 
  • Dikir 
  • Monolog 
  • Eksperimental 
  • Filem Pendek 
  • Fotografi 
  • Kolaj


Ia adalah salah satu usaha untuk memberi galakan dan peluang kepada penggiat -penggiat seni yang “tersorok” selama ini untuk memperlihatkan karya mereka di khalayak umum. Ini merupakan pendekatan dalam memperluaskan lagi skop dan medium penyampaian seni dalam masyarakat kampus.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management