Thursday, October 27, 2011

S01E02 - The Participants



Hai adik-adik, abang nak cerita sedikit pasal PENTER episod akan datang. Seperti episod Pilot yang lalu kami sibuk dengan acara-acara "mega", kali ini juga agak sibuk dengan Festival Nasyid MAKUM hujung minggu ini. Tapi alhamdulillah, semua nampak macam berjalan lancar. Gulp.

Baiklah, abang nak cerita tentang senarai persembahan malam itu. Secara ringkas yang boleh. Dah adik-adik tak nak tolong abang, abang buat semua sendiri, one-man show. Abang ni kalau boleh potong empat, abang dah buat lame dah. Ehem,... anyway....



1. Siti and Her Cats
Seperti episod lepas, kumpulan Strings Quartet ini akan membawakan lagu-lagu yang dimainkan dengan dengan instruments bertali. Except this time, they won't bore us with ancient classical songs. Mereka bilang, mereka mahu bawak lagu kontemporari. Meoww~

2. Purple Plastic
Ini band dari Artis Budaya Pusat Kebudayaan UKM. Kawan abang, namanya Giant. Dia and the gang akan turun malam itu membawa lagu-lagu nostalgia ketika mereka membesar. Hopefully lagu-lagu yang tak terlalu lama, so that the new-gen can sing along... macam hari tu. :D

3. KETAM
Khairul Mohd Syazwan ni student kat Za'ba. Abang bela kenal dia sejak tahun satu lagi. Sekarang dia dah besar, dia dah tak nak orang pegang-pegang. Hahaha. gurau je. Dia dah lama pendam nak perform ni. Persembahan berkonsepkan tarian hiphop dan moden. Tetapi lebih terarah dan tersusun kerana mengandungi jalan cerita. Persembahan kedua pula adalah deklamasi puisi moden hasil nukilan sendiri. Dia sendiri yang tulis, abang copy & paste je. SUPPORT!

4. Aadyamaatra Alumni
Yang ini pula atas permintaan Khairul Anwar, Alumni Adyamaatra and Kelab Tarian KUO, abang ah lupa namanya. Dia dengan konco-konconya pernah koreograf satu tarian zapin baru untuk satu acara, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, acara itu dibatalkan. Hatinya luluh dengan berita itu, lalu dia lari meninggalkan UKM dengan mengkonvokan dirinya. Tak lama selepas itu, dia mendapat sinar baru dengan adanya PENTER. Dapatlah dia melepaskan kempunannya beraksi mengikut citarasa dia. SUPPORT!

5. Faliq Auri
Seorang lagi Artis Budaya Muzik di sini. Beliau akan membawa sebuah persembahan muzik istimewa... Abang tak nak cerita lebih. Nanti tak surprise. Hetchingggg!


Abang harap kali ini, PENTER dapat sambutan lebih memberangsangkan. Abang buat untuk adik-adik. Kalau adik-adik tak nak tengok... Abang buat je jugak lagi. Haha.





 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management