Friday, November 18, 2011

Kajai's GLEE Club: Zealous Foxies


Kelab GLEE Kajai atau Kajai’s GLEE Club : Zealous Foxies adalah sebuah kelab muzikal Kolej Rahim Kajai, UKM yang ditubuhkan sekitar awal tahun 2011. Kelab ini merangkumi aktiviti nyanyian, tarian dan lakonan, sesuai dengan motonya “speak by singing, move by dancing, imitate by acting”. Tujuan asal penubuhan kelab ini adalah untuk membuat persembahan di majlis makan malam tahunan KRK ‘Malam Rapsodi Kajai’ pada 3 Mac 2011 yang dianjurkan oleh Majlis Eksekutif Dinner Kajai (MEDiK) 2011.

Namun setelah selesai majlis tersebut, kelab ini menerima beberapa tawaran persembahan sehinggakan sesetengah daripadanya terpaksa ditolak ekoran kesibukan tugas ahli-ahli dalam bidang akademik. Berikutan respon yang memberangsangkan tentang persembahan ahli-ahli, keputusan sebulat suara dibuat untuk mengekalkan kewujudan kelab ini. Kelab ini juga diletakkan di bawah pimpinan Biro Kebudayaan KRK. 

Idea untuk mewujudkan kelab ini timbul gara-gara demam drama GLEE Amerika Syarikat di kaca televisyen, selain membuka platform baru untuk seni persembahan muzikal di KRK khususnya.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management