Thursday, October 20, 2011

Pilot - It's A Success


Salam.

Penter sudah berjalan semalam. Lima kumpulan datang dengan seribu harapan mempamerkan yang terbaik dari mereka. 

Persembahan akustik dari Persatuan Pelajar Indonesia UKM (PPIUKM) membawa 4 buah lagu. Mereka prepare 2 lagu sahaja, tapi penganjur mintak 4 lagu petang itu juga. Walaupun salah lirik, the crowd didn't mind at all, we sang along instead.


Fanny dari PPIUKM juga mewakili Kelab Teater Rimba ARTISUKMA (KTR) took over the the stage with a poem called "Lagu Dosa". Puisi tajam yang mencemuh lagu-lagu berunsur zina. Selesai sudah puisi, Fanny terus ke kegiatan kokurikulum.

Persembahan ketiga diambil alih oleh Siti and Her Cats menampilkan, Siti, Syamiel, Ayid dan Manja. Strings Quartet ini membawakan lagu-lagu klasik dari 1765. 

Seterusnya sejurus pengacara mempersilakan St. John Institution Alumni Pipe Band, bergema Panggung Seni dengan bunyi bagpipe and snare. They dressed in Irish kilts and marched to enter the stage beautifully. They merged with Artis Budaya Wind Team to present 3 songs, termasuk lagu joget.

Sebagai persembahan penutup, Aadyamaatra ARTISUKMA "sabotage" PENTER dengan flashmob mereka. Walaupun bahang lampu par can menyuluh tepat pada muka mereka, tarian tetap diteruskan dengan bertenaga.

Crowd walaupun kecil tetapi semangat  dan support yang mereka tunjukkan sangat besar. Antara faktor yang dikenal pasti adalah cuaca yang tidak mengizinkan, publisiti yang tidak menyeluruh dan pelbagai faktor lain.

Secara keseluruhan, PENTER berjalan dengan jayanya.

Kami menerima sebarang kritikan untuk penambahbaikan PENTER untuk episod akan datang. :)

Amar B.
Penyelaras.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management